Penubuhan kilang Sun Power di Alor Gajah memang sangat menepati visi Negeri Melaka sebagai sebuah Negeri Bandar Teknologi Hijau. Baru-baru ni, Ladang Solar atau dipanggil Solar Farm telahpun mula disemai benihnya dan dijangka siap fasa by fasa hingga 30 April 2013 nanti.
Apa guna Solar Farm ni???
Solar Farm ni bertujuan membekalkan tenaga elektrik menerusi matahari dan dalam aspek ni, Kerajaan Negeri Melaka akan menjual terus kepada Tenaga Nasional Berhad melalui perjanjian "Renewable Energy Power Purchase Agreement". Dijangka ladang ini akan mengeluarkan 6,162 Megawatt setahun.
Untung ke ladang ni???
Dalam membina ladang ni, Kerajaan Negeri Melaka meminjam RM41 juta daripada Malaysia Debt Ventures dan dibayar dalam tempoh 15 tahun. Manakala perjanjian penjualan adalah sekurang-kurangnya RM121 juta dalam tempoh 21 tahun. Aku tak pandai ekonomi tapi aku yakin pakar-pakar ekonomi Melaka dah kira berapa keuntungan diperolehi.
Selain daripada Kerajaan Negeri mengambil peluang di atas pemanasan global, secara tidak langsung Melaka telah cuba mengurangkan penggunaan tenaga menerusi kaedah tradisional TNB yang memberi kesan kepada keadaan bumi. Tambahan pula dapat sikit buat duit.
Aku dengar citer impian Tok Ali Rustam ni nak semua rumah kat Melaka guna panel solar. Cuma kekangan buat masa ini adalah harga panel yang agak tinggi. Tapi aku yakin bila panel solar semakin banyak di Malaysia, mengikut prinsip ekonomi harga produk tersebut mampu diturunkan, tenaga kerja berkaitan solar semakin ramai, tukang pasang, tukang repair ada di mana-mana saje macam kedai bengkel. Ketika itulah mudah-mudahan hasrat Ketua Menteri Melaka ini akan tercapai.
Ini benda baik, tanpa mencampur aduk politik, aku sangat menyokong penuh dan memang sangat berharap hasrat setiap rumah di Melaka ada panel solar akan direalisasikan. InsyaAllah