Khamis, 31 Disember 2009

Sambutan Tahun Baru 2010

Malam ni sambutan tahun baru di Melaka dibuat berbeza sikit... Selepas bacaan Yassin.. lepas tu ada acara berbasikal sejauh lebih kurang 6 km bermula dari Menara Taming Sari.. hingga Bukit China.. pusing balik ke Eye On Malaysia Kot. Basikal bawak sendiri.. tak kira basikal apa.. janji basikal....


fayzspace.com


Tapi aku tak tau la plak kalau basekal suria boleh digunakan... nampak macam lagi eksen daripada Ketua Menteri nanti.. lagipun berbasikal malam daaa.. mana ada suria...


abc.net.au


Lepas tu ada pertunjukkan bunga api kat Eye On Malaysia... mesti cantik sebab kawasan tu betul-betul tepi laut.

Pagi esoknya jam 6.30pagi jogging kat area Banda Hilir...


Lepas tu perasmian Majlis Perbadanan Hang Tuah Jaya daripada jam 8.30 pagi hingga 12.30 tgh kat Dataran MBMB.

Semua program ni terbuka kepada orang ramai.. jom datang sambil usha aweksss...

Rabu, 30 Disember 2009

Jawatan Kosong Di Melaka (29 Dis.09)

Kalau kauorang baca MHI setiap hari ada ruangan iklan jawatan kosong yang sumber dia daripada Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka. Atas sumber itu, aku rasa aku nak juga war-warkan dalam blog ni agensi / syarikat swata yang besar-besar jer.. supaya boleh juga jadi jalan untuk sedara mara yang duk Melaka cari keje.


Hospital Pantai Ayer Keroh

Pembantu Pengurusan Rekod - L/P - (5 orang)
Umur 20 - 35 tahun memiliki kelulusan Diploma / Ijazah Pengurusan Rekod
Tel: 06-2320150 (Pn. Zainab)


Hotel Seri Malaysia

Pengawal Keselamatan - L - (3 orang)
Umur 22 - 40 tahun ada SPM
tel. 06-2328460 (Pn. Safura)


Kings Hotel

Front Office Asisstant - P - 4 orang
Umur 20 - 25 tahun ada SPM
Tel. 06-2313899 (Pn. Suzila)

Sebenarnya banyak lagi syarikat swasta dalam MHI tu tapi yang aku tak kenal la.. elok kalau kauorang beli je MHI.. alah baru singgit.. seminggu sekali apa salahnya. Dapat juga MHI duit.. Kalau takde duit kauorang pergi je kat pejabat JKKK. Sah percuma. .

Program Khidmat Negara Kump 1 2009

Program Khidmat negara Kumpulan 1 Siri 7 Tahun 2010 telah menyatakan senarai pusat berkumpul.

Bagi anak-nak Melaka yang datang daripada

Ayer Keroh, Durian Tunggal, Batu Berendam, Bukit Baru, Bukit Beruang, Bukit Katil, Bertam, Bachang, Durian Daun, Duyong, Klebang, Paya Rumput, Tebing, Tanjung Kling, Pantai Puteri, Rumbia, Peringgit, Ayer Molek, Alai dan Ujong Pasir... kauorang boleh tunggu kat MITC

Alor Gajah, Masjid Tanah, Lubok China, Sg. Udang, Kuala Sg. Baru.. kauorang boleh tunggu kat Perhentian Bas Masjid Tanah

Jasin, Selandar, Sg. rambai, bemban, Asahan, Chabau, Merlimau, Batang Melaka.. Kauorang tunggu kat Stadium Mini Jasin.. Kat Town tuuu..Justify Full

Tengok tarikh betul-betul dalam surat sebab kat MITC ada dua tarikh iaitu 2 Januari dengan 3 Januari bergantung kem yang kauorang kena pergi. Kat Perhentian Masjid Tanah 2 Januari dan Kat Jasin 3 Januari.

semua pukul 9.30 pagi..

Butiran lanjut kauorang boleh tekan SINI
atau telefon 03-40274773 / 4774 / 4776 / 4777/ 4779 / 4646 / 4664


Sebelum pergi tu.. salam mak kauorang.. jangan macam dalam iklan tu... kang ada kena lempang dengan bapak kauorang..
Jaga diri dan maruah.. timba ilmu sebanyak mungkin.. bukan timba awek sebanyak mungkin.. (Nada orang jeles ni... ). Lastly aku doakan kauorang selamat pergi dan pulang...

Kenapa la zaman aku tak de menda alah ni.. adusss..

Selasa, 29 Disember 2009

Yang Berhormat vs Yang Menghormati

Semalam aku lepak kedai kopi.. aku dengau je beberapa pemidato politik terkenal di kampung tu membicarakan politik negeri Melaka.
Nampaknya telah ada wakil rakyat yang dicongak bakal keluar.. ada yang kata wakil rakyat berkenaan dengan rela mengatakan penggal terakhir.. ada yang kata bakal dicantas..
Tak terkecuali persempadanan semula terutama setelah PBT kat Melaka ni berubah kawasan.

Namun itu cakap-cakap poltik.. yang boleh kita dengar masa air kopi kita telan.. lepas kencing kuning nanti janganlah kau orang ingatkan lagi...

Aku bukan anti politik tapi aku meluat dengan sikap segelintir pengamal poltik. Aku tak nafikan ada wakil rakyat tak kiralah mana pihak.. memang bagus.. boleh bercakap.. membantu rakyat.. rajin... tidak mengejar popular... peramah.. tak pernah lekang senyuman...

Tapi masih ada jugak wakil rakyat yang merasakan dirinya Yang Berhormat! maksudnya perlu dihormati.. disanjung.. dan sebagainya..

Meh! aku nak bagitau kepada Wakil Rakyat pesen rasa bagus ni... sebenarnya rasa hormat dan sanjung lahir daripada hati... berbeza dong kita buat-buat hormat dan ikhlas hormat.

Jadi aku harap.. kepada semua Yang Berhormat faham.. Yang Berhormat cuma title yang mungkin dengan tiada rasa hormatpun dalam hati bilamana kauorang buat taik kat biji mata kitaorang... Tiada paksaan atau hasutan...

p/s: ada antara kita hormat makcik cleaner lebih daripada bos sendiri. Sebab??? Mungkin makcik tu tahu apa itu perkataan hormat daripada bos kita sendiri.

Isnin, 28 Disember 2009

Kahwin Dengan Orang Melaka

Minggu ni last cuti sekolah.. kalau minggu lepas jemputan tak menang tangan.. aku gerenti minggu ni kalau masukkan kakipun masih tak menang. Kepada yang telah menjadi separuh orang Melaka.. maksud aku nikah dengan orang Melaka, selamat datang.. lepas ni try la cengcalok dan inang-inang... Mintak dengan pasangan masing-masing..

Kepada yang bakal... aku bagi sikit panduan..
mas kahwin kat Melaka RM40. (minima tau).
Hantaran.. Kalau SPM tu minima RM6,000.. maksima ikut suka hati mak bapak dia..
Kalau Ijazah tu dah area RM8,000 ke atas...
Duit Nikah dan adat.. RM160 rasanya... Kalau minyak naik lagi.. mungkin imam minta naik kot
Itu aku belum citer masa kahwin bagi lelaki.. ada siap tol oleh sedara sepupu sepapat pasangan kauorang tu... yang beria-ia nak kosongkan poket kau tu...
Dalam hal ni meh aku bagi tips... Kauorang masukkan dalam envelop secara asing duit singgit dan lima henggit. Kalau setakat pencacai dapur dan selekeh jer yang mintak bagi la singgit.. kalau taraf mak saudara kau bagilah envelop lima hengget.. Siap-siap masukkan dalam envelop suh pengapit pegang dan bagi nanti... Janganlah kauorang kuarkan beg duit depan diaorang.. mau not 50 hengget yang jadi sasaran.. Tapi kalau kauorang rasa sampai dah berpuluh tol.. dan beratus duit kauorang habis.. baik kauorang buat-buat balik jer.. gerenti kelam kabut nyer.. Yelah kau belum dapat sentuh dah kopak apa hal?? sikit-sikit oklah..
Tapi aku percaya orang Melaka selalunya jadikan perkara tu sebagai satu simbolik kemesraan dan membuktikan bakal keluarga tu bukan seorang yang kendekut kepada Isteri nanti.

Itu ada la persiapan awal kira-kira kauorang yang terasa nak pilih orang Melaka sebagai suri hidup.. Tapi yang penting kauorang nikah la kerana Allah s.w.t. InsyaAllah bahagia.

Kalau kauorang rasa mahal... baik kauorang cari orang Indonesia... murah sikit kot.
Yelah lembu kat Melaka je dah RM2000++, pelamin RM500 ke atas.. tu belum masuk persalinan dan rempah ratus beb. so pepaham jelah...

Jadi selamat mengumpul belanja.

31 Disember 2009

Wah dah hampir ke 31 Disember 2009. Bermakna akan ada sambutan tahun baru... Yang paling best tahun ni malam 31 Disember 2009 jatuh pada malam Jumaat... Jangan la ada makhluk buat kerja terkutuk dengan alasan membunuh setan. Memang hawau!!

Kat Melaka ni ada beberapa hotel di Ayer Keroh yang jadi port diaorang.. dan yang paling meriah kat Melaka Raya la.. aku gerenti hotel cap ayam kat area sana full. JAIM tahu la semua wey.. silap gaya.. RM3,000 buat bayar denda.

Berbalik pada sambutan.. aku rasa amat bertepatan kalau malam tu lebih kepada buat sambutan berbentuk keagamaan. Kalau pasang bunga api pun tak yah letop2.. bukan apa takut ada yang tersentak jam 12 tu semasa sedang membunuh setan oleh mereka yang halal melakukanya. Kauorang faham??? Kalau faham bagus.. kalau tak faham baik kauorang sediakan mas kahwin.

Rabu, 23 Disember 2009

Siri Pengalaman Masa Kecil : Dikejar Kerbau

Tahun 1988

Satu pagi yang hening, aku dengan dak Adi rancang nak pergi pancing kat area baruh kerana sana banyak sawah.. gerenti ikan haruan dan betuk (puyu) banyak punya.. Segeralah aku balik amik batang mancing keramat aku yang aku gelar 'power'. Masa tu aku tak tahu pun maksud power.. yang aku tahu 'power' tu mesti kuat dan hero. Sebelum ke rumah Adi semula.. aku ke dapur dan bancuh umpan tepung campur belacan.. Perghh.. bau.. rasa mcm aku nak makan jer...
"mak.. orang nak pergi mancing dengan Adi" mohon izin aku pada mak..
"mana la kau ni nak merayau jer" bising mak aku

Akhirnya dalam izin terpaksa mak aku beri jugak la.

Bersiaplah kami ke baruh.. hampir 45minit berjalan sampai la ke baruh. memancing la kitaorang tepi sawah.. dan pindah pula ke londang-londang kerbau.. dapat la 5-6 ekor ikan betuk. kecik2 plak tu..
Dari pakai seluar jeans, aku bukak tinggal seluar boxer warna merah jer... daripada berdua.. datang plak budak-budak kampung sebelah.. Rais dan gengnya... join mancing sama.

Perasaan tidak puas hati berbuku jer... mana taknya.. setakat 4-5 ekor.. aku boleh bayangkan mak aku bising sampai Isyak sebab tak berbaloi dengan baju seluar aku terpalit lumpur sawah ni..

"Jom ke tengah.." cadang aku kepada Adi dan Rais.

"Jom" kata mereka.. nampaknya bukan aku sorang jer terbuku tak puas hati..

aku lihat kerbau bersepah di Sawah.. Kalau aku amik sekor, agak-agak diaorang oerasan tak.. bisik hati kecil aku...

Bunyi laungan kerbau dan anak kerbau bersahut-sahutan.

Setelah kemaskan barang.. kitaorang melangkah kaki melalui batas yang agak lebar..

Sedang aku berangan-angan dapat 2 ekor ikan haruan lepas ni.. tiba-tiba Adi bersuara..

"Wei.. kenapa plak semacam jer kerbau belakang kita tu." Tuding Adi ke arah pangkal batas sawah belakang kitaorang.. sejauh 50 meter nun sana.

"kerbau tu kejau kita la lahabau" Jerit Rais.

Apa lagi.. semua terbas lari.. Strategi merancang nak lari terabur tapi apakan daya kami di atas satu batas yang sama dengan kerbau. Kang lari masuk sawah mau terlekat kaki kat lumpur.. tokleh gerak.. lagi jadi sayur goreng oleh kerbau tu..
Nasib baiklah batas tu selebar sedepa tangan orang dewasa. Maka berlarilah sekuat hati.. pancing aku dah lemparkan.. tong cat bertangkai berisi ikan, aku humban kat mana tah.. seluar jeans yang aku sandang, aku cicirkan... selipar merah aku buka sambil berlari.. Dengan doa dia kejarlah salah satu barang yang aku tinggalkan tu...

Jangkaan aku meleset sama sekali.. aku dan kawan-kawan terus berlari ...dah macam sekawan anak itik kena sergah dengan budak umur 8 tahun... Terkedek-kedek menyelamatkan diri.

Tiba-tiba kami ternampak pondok warna biru di hujung batas... siap berpintu... dengan sekuat hati kami terus berlari... dan akhirnya masuk ke pondok tinggalan sapa ntah... Siap kitaorang kunci pintu.. dan intai kedudukan kerbau tersebut... Akhirnya kami nampak kerbau tersebut di sisi anaknya.

"Ceeitt kerbau ni... Nak selamatkan anak dia rupanya... "Kata Rais sambil tenggelam timbul suara menarik oksigen...

Aku dah tak boleh bersuara... tak cukup nafas daa.. aku rasa macam kedudukan jantung aku kat luar badan jer.... punya la kuat degup...

Muka Adi daripada cokelat mengilat dan suci putih semacam. Pucat abis...
Tengah jalan tadipun aku asyik dengar dia mengucap jer...
Janganlah si Adi ni mati... sebab malas aku nak bawa balik mayat dia... nanti sapa nak bawa ikan aku???

Bila kerbau tu dah jauh... aku dan rakan pergi dapatkan barangan kami balik...Seluar jumpa.. selipar ok.. kerbau tak amik... pancing aku dalam keadaan baik.. Aik!! mana tong ikan aku???

Tu hah!! Kata seorang rakan Rais yang menunding jari dalam londang kerbau berhampiran...

Arrrggghhh!!!! confirm aku kena sesah dengan mak aku balik ni kang!!!!!! baju kotor, ikan tak dapat... dan dari jauh aku lihat kerbau tadi anak beranak balik ikut jalan sawah...

Siooottt punyer kerbau!!





Isnin, 21 Disember 2009

Ulat dan Coklat

Tadi aku terbaca salah satu akhbar segmen dalam Melaka.. ada seorang kakak ni sedap punya makan coklat seisi keluarga tetiba terjumpa ulat dalam coklat.. Bukan sekor.. bukan 2 ekor tapi nak dekat sepuluh ekor...

Yang tak sedapnya laki dan anaknya dah siap selesai jilat lebihan coklat pada jari tuuu...

mak ai.. aku peminat coklat.. tiba-tiba kembang tekak plak.. aduhai...

Aku fikir coklat sebarangan.. tapi kakak tu kata coklat yang terkenal jugak beb. Alahai kak.. apsal kau tak sebut je jenama tu.. Boleh la kitaorang buat boikot..

Mengikut kata kakak tu.. coklat tu dibeli dari salah satu premis di pusat membeli belah di Melaka. Aku rasa macam tahu je premis tu...

Diapun patah balik dan terus bersemuka dengan tokeh kedai tu.. Tokeh kedai semak tarikh luput 2011..
Macam mana ulat boleh beranak plak??

Tiba-tiba akak tu dapat panggilan dari syarikat pembuat coklat tu (syarikat ternama jugak tu).. Kata nak bagi ganti rugi berbentuk baucar bernilai RM100. Laaa... kalau akupun tak mo.. Beri baucar RM1,000 buat beli coklat berulat apa kejadah???

Kakak tu tolak dan terus report kat Kementerian kesihatan..

Syabas Inspekter Shahab...

Ingatan aku untuk kauorang... lain kali nak makan coklat telek.. belek.. selek.. dulu.. baca doa dan baru makan..

Temuduga Kekosongan Jawatan di UTeM

Sesiapa yang pernah minta jawatan kosong di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dulu perkembangan terkini adalah panggilan inteview sedang dibuat dan minggu ni ada member aku yang akan dipanggil interview.

Seperti kata member aku.. pemohonan bulan Jun 2009 kot.. pastu exam bulan Julai katanya yang terkebil-kebil depan aku mengingatkan tarikh lahir Naib Cancelor UTeM. Katanya kalau dia jawab tu.. mesti penginterview ingat aku anak NC. Ceiitt.. budak ni.. aku rasa nak tunjal je dahi dia.

Interview tu dipanggil menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan kauorang jangan nak mengada-ngada plak banyak komplen. Bila nak maju asyik nak komplen... Untuk menuju teknologi yang semakin tinggi SMS tu bagi aku salah satu cara yang terbaik dalam menyampaikan maklumat. Sebabnya.. kalau dia bagi SMS tentu daripada no HP pegawai berkenaan. Jadi kauorang boleh telefon bila-bila masa jer...

Oklah.. kepada yang dapat interview gred 41 pada minggu ni.. selamat berjaya aku ucapkan.. buat terbaik dan study sket pasal UTeM.

Sabtu, 19 Disember 2009

Jawatan Kosong Hospital Pantai Ayer Keroh

Aku baca iklan Akhbar Melaka Hari Ini pada 19 Disember 2009, Hospital Pantai Ayer Keroh nak pakai 5 Attendent Hospital.. lelaki atau perempuan...
Syarat?? kelulusan SRP/PMR berumur 26-35 tahun.

sesiapa yang layak boleh la mintak.... tapi kena kuat semangat jugak kot. Yelah maklumlah hospital... pepaham jelah..

salah seorang adik ipar aku nurse kat sini.. faedah dan kelebihan dia best la... terutama dari segi medical untuk anak-anak.

dah.. dah.. kalau tak de kerja atau boipren tak de keje.. boleh la suruh contact Hospital Pantai Ayer Keroh.. 06-3191653 (Miss Goh)

Kedudukan hospital ni kat depan Hotel Kings Melaka. alah kalau kauorang dari JUSCO Ayer Keroh ke arah Ayer Keroh.. sebelah kiri je..



sumber: MHI; Sabtu; 19 Disember 2009

Khamis, 17 Disember 2009

Kes JUSCO meletup!!

Kesinambungan dari SINI
Dengar citer kontraktor yang bertanggungjawab tentang pemasangan LPG akan digantung sementara lesennya....
Ceitt.. takde kelayakan nak main gas.. last-last nyawa orang yang melayang... Ingat main gas dalam belon 20 sen tu ker?? sesuka hati jer main pasang...
Aku gerenti kebocoran gas tu mesti mengakibatkan gas masih di dalam ruangan JUSCO tu... mau kena buka bumbung JUSCO kalau nak bersih 100%.
Hari Isnin depan (21/12/2009) dia opening kot.. Tersenyum kembali la Mak Limah...

Air Buah Melaka

Kauorang ingat buah epal je ke boleh buat jus??? Buah Melaka pun boleh la.. Buah Melaka tau.. bukan buah orang Melaka!!!..
Kat Bawah ni ada sampel aku tunjukkan... Biasanya Program Rasmi Kerajaan Negeri ada air ni... Harganya RM2.50 jer.. Rasanya... lebih kurang macam Zappel la.. Masam + Kelat Sikt + Manis + Gas.. Bukan Gas memasak ngok!.. Gas alah.. orang kampung aku panggil Air Berbikarbonat. Lebih bagus ialah ia dikatakan ada vitamin... Kalau Coke pun dikatakan ada vitamin.. kauorang bukan tahupun.. Kauorang sental jugak.

Kauorang nak rasa?? Aku boleh poskan.. tapi bayar la kos air dan bayaran pos... Tenaga kerja PERCUMA.. Aku tolong jer... bukan nak berniaga.. Cuma boleh ker barang ni dipos ek???

Disebalik Kisah Majlis Hang Tuah Jaya

Sambung dar SINI

Sejak diumumkan nak buka Majlis Hang Tuah Jaya pada 1 Januari 2010 ni.. satu Melaka kecoh pasalnya... dari jawatan kosong di mana ada mak bapak sanggup merayu kat mereka yang berkenaan untuk mendapatkan jawatan untuk anak masing-masing. Paling tak sedap kalau berlaku ungkit-mengungkit...
"Dulu masa kau sakit.. nak mampus.. sapa tolong kau?? aku!! Dr. Labu bin Kundur..." (petikan Filem Labu Labi)

Ceittt.. apa nak rayu-rayu??? Dengan Allah ada rayu-rayu tak?? Kalau ada bagus!! teruskan merayu pada Allah sebab Allah suka pada HambaNya yang meminta kepadaNYA dan yakinlah DIA akan berikan terbaik untuk hambaNYA.

Kalau mintak kerja tak dapat tu.. maknanya itu bukan terbaik untuk anda. Mungkin kalau kauorang dapat jugak kerja tu.. contoh jadi penguatkuasa... mungkin lepas sebulan menjawat kauorang diuji dan takkan mampu melawan desakan nafsu hingga mengamalkan rasuah.. Akhirnya kauorang dipenjara. Siapa tahu?? Hanya Allah yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA dan ujian mana yang mampu ditempuh oleh hambaNYA. Faham??? Kalau tak faham jugak.... meh aku mandikan dengan air kolah 7 masjid.

Kalau kauorang nak juga hantar borang yang kau isi pada bomoh atau tok dukun.. apa aku nak kata.. Dah jenis tak makan nasihat.. Lebih elok kau pasang je tangkal pada borang tu..

Tapi kalau nak solat hajat tu.. alhamdulillah... aku alu-alukan dan semoga doa kau termakbul...

Selain tentang jawatan kosong.. banyak aktiviti dirancang pada 1 Januari 2010 sempena penubuhan Majlis Hang Tuah Jaya.. ada yang buat larian la... ada yang buat seminar la.. pameran la.. bacaan Yassin la.. macam-macam la.. hingga ada PERANCANGAN tempat pelancongan berbayar milik Kerajaan Negeri dalam area Hang Tuah Jaya diberikan masuk percuma!! Macam aku cakap.. perancangan tau.. Doa-doalah ia menjadi. Kebetulan hari tu hari Jumaat plak.. dan cuti bagi kebanyakan negeri.. wah!! havoc la Melaka... Sosak lagi kedai Pak Atan dengan pelanggan yang menyusur masuk dari Ayer Keroh.


Rabu, 16 Disember 2009

Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (Jawatan Kosong)

Sambungan dari Siri 1 dan Siri 2.

Ok.. meh aku nak citer pasal jawatan kosong di Majlis Perbadanan Hang Tuah Jaya. Jawatan tu dah dibuka sejak Isnin ari tu kot.
Mak ai.. beratur punya la panjang sampai depan pintu lif... dari yang muda sampai ke tua ada.. yang paling kemas / skima hingga yang paling selekeh pun ada..
Prosedur dia kena tulis no ic pastu dapat borang bernombor siri.. aku rasa sebab MPHTJ nak tengok berapa ramai orang yang mohon borang tu. diingatkan borang PERCUMA.. kalau ada orang kampung jual dengan kau.. kau ludah je kat jendul dia... orang lagi takde keje.. nak peras la.. ceiitt.. haprak punya manusia.

Jawatan yang dibuka adalah dari gred 41 hingga la ke gred 1. Jadinya semua orang boleh minta kecuali kauorang hanya lepas setakat tadika jer.. Semuanya ada lebih kurang 71 jawatan dan status TETAP.

Syarat-syarat dan jawatannya kauorang boleh baca kat diding pejabat MPHTJ tu..

Kat mana kauorang nak dapat borang?? Kauorang pergi je kat tingkat 3, Wisma Negeri Ayer keroh.. Alah berhampiran dengan bulatan MITC tu..

Tarikh tutup 24 Disember 2009. Borang banyak lagi.. kauorang jangan bimbang... Pergi je..

Syarat utamanya... Warganegara Malaysia berumur 18 - 54 tahun.
Syarat tambahan tu.. tak payah pikir sangat..


Truttt.. truttt.. trutt.. truttt

Pemanggil : Hello salam geng.

Penjawab : Hah! apa kabau kau??

Pemanggil: Kau dah amik borang kat MPHTJ tak??

Penjawab : Dah.. tapi tak isi lagi. Ko??

Pemanggil: Dah.. tapi aku frust la...

Penjawab: Kenapa?

Pemanggil : Aku tak de 'Kabel'

Penjawab : Wei.. Sengal la ko.. Ko kan Percaya Kepada Tuhan dan Percaya Qada' dan Qadar iaitu Rukun Iman Pertama dan Keenam.. apa kau nak takutkan? Atau Rukun Iman kau dah tukau kepada Percaya Kepada Kabel???? Kau minta jelah.. Kalau dah rezeki kau.. selain dari Allah.. siapa lagi boleh halang??? Kau usaha pastu mintaklah dengan Allah.. Ceitt.. nafas kau tu pun Allah yang sedekahkan kau tahu tak??

Pemanggil: Errrr.. betul la tu geng.. aku isi sekang jugak! Kau dah isi ker??

Penjawab: aku.. aku.. aku tengah tunggu approve daripada kabel aku la...

Pemanggil: Ceittttt.. busuk punya olang.


Selasa, 15 Disember 2009

JUSCO Melaka Meletup!!!

Semalam Negeri Melaka gempar dengan letupan kuat dari kawasan Peringgit. Orang ramai terpingga-pinga.. adakah peluru berpandu Korea Utara tersasar ke Malaysia?? Akhirnya dalam masa beberapa minit sms bertalu dan cerita mulut disampaikan... kat mana-mana orang bercerita.. kat kedai buah kaum cina bersembang pasalnya.. yang aku pasti sangat sebab ada perkataan 'Jusco'....

Akhirnya confirm la.. JUSCO yang bakal dibuka secara rasmi pada 17 Disember 2009 mengalami kebocoran paip gas yang akhirnya membawa padah. Letupan tersebut mengorbankan satu nyawa manakala 16 lagi cedera. Berdasarkan berita di akhbar-akhbar tempatan, letupan itu berlaku di bawah food court JUSCO dan semua penyewa sedang sibuk buat persiapan pembukaan minggu depan.

Letupan kuat tu dikatakan meninggalkan kesan lubang sedalam 2 meter dan serpihan terbang melayang sejauh 25 meter.. Fuh.. bahaya wei..

Untuk makluman JUSCO ni memang besar.. secara kasar hampir tiga kali ganda besar daripada TESCO yang berada bersebelahan... tapi apakan daya.. besar tak semestinya kuat, kecil tak semestinya rugi.

Akhirnya berita ni sampai ke telinga Mak Limah... tetiba terkedu Mak Limah mendengar berita ini. Ikan ditangannya terlepas dan badannya menjadi longlai... Pucat lesi muka Mak Limah sambil terketar-ketar bibirnya.... terlihat deraian air matanya sepi membasahi pipi perlahan-lahan... Mak cik Senah yang berada berhampiran Mak Limah menenangkan keadaan Mak Limah.. Ditariknya ke batang pokok kelapa tumbang dan duduklah Mak Limah yang longlai di situ. Mak Cik Senah menggosok pelahan-lahan belakang Mak Limah..
Mak Limah yang tadi tersedu-sedu, akhirnya tidak dapat menahan sebaknya.. raungannya mengejutkan seekor kambing yang terletak 10 meter dari situ... hampir-hampir kambing tu.. menyentap tali yang mengikat lehernya. Mak cik Senah terus menyabarkan Mak Limah.. berulang kali Mak Cik Senah meminta Mak Limah bersabar dan menerima suratan tersebut... Namun, semakin manja pujukan Mak cik Senah.. semakin menjadi pulak Mak Limah... Akhirnya Mak Limah bersuara sambil teresak-esak...
"Aku tak sangka perkara ni berlaku.... aku dah rancang dengan suami aku lama dah.. akhirnya punah impian kami berdua... ke mana lagi aku nak pergi Senah?? ke mana?? Jusco dah meletup.. tak dapatlah aku pergi pada 17 Disember ni... Hwaaaaaa....." raung mak Limah.

p/s: kauorang rasa kalau aku jumpa makcik ni, patut tak aku siku je rusuk dia???

Motto 1 Malaysia, Melaka Maju 2010

kat atas Air Terjun Bukit Sebukur ada satu motto "1 Malaysia, Melaka maju 2010". Indah plak aku tengok.. tapi disebabkan aku tak sempat nak amik kamera aku.. aku guna hp jelah... Rasanya kalau guna Kamera lagi cun woo..

aku nak citer.. kat atas bukit ni banyak jugak malaun yang duk buat projek.. yelah sambil melihat air mengalir.. diaorangpun boleh tahan mengalir sama. Walau bagaimanapun, aku difahamkan pihak penguatkuasa selalu jugak la ambuss.. sampai berair-air penguatkuasa tersebut menangkapnya..

Air terjun ni.. air terjun buatan dalam bandar.. boleh tahan deras air yang mengalir.. itu hari aku nampak adalah couple ni main-main air.. ala-ala hindustan. Ceh!! kang ko kena karan lampu dalam tu.. baru keras kang. Aku nasihat jer...



Tips Bercuti Ke Melaka




Bulan Disember sinonim dengan cuti sekolah.. bila cuti sekolah bermakna ramai orang yang bercuti walaupun tiada kaitan dengan industri persekolahan. Kalau dah bercuti tu.. tempat pelancongan la yang sering dikunjungi.. dan salah satu negeri tumpuan ialah Negeri Melaka. Chewah.. bangga sikit ni..

Minggu lepas aku masuk tol Ayer Keroh Melaka dari Kuala Lumpur... Lebih kurang jam 12.30 tengahari.. Mak ai kena beratur dari susur masuk PLUS - Ayer Keroh sampai ke Toll.. punya la ramai.. Memang Tok Ali tersenyum tengak ramai pelancong beratur ni.. tapi paling tak syok.. ada plak yang potong queue. Mangkuk jamban betul la sapa yang potong queue tu.. Tak de otak.. nak melancong tapi otak kelas ketiga.. otak mundur!!!!



Ok.. fuh! lega lepaskan geram.. beberapa nasihat aku nak bagi kepada pengunjung ke Negeri Melaka bila masuk Melaka.

  1. Janganlah kauorang parking kereta kat beberapa meter lepas tol tu walaupun nak terbuang hajat. Untuk makluman Kerajaan Negeri Melaka dah buat satu perhentian TIC (Tourism Information Centre) lebih kurang 1 kilometer dari tol tu.. kauorang jalan pelahan-pelahan.. dari jauh kauorang nampak pintu gerbang besar melintang tengah jalan.. kauorang susur ke kiri (ada papan tanda kawasan rehat).. Kat situ ada kedai makan.. toilet dan pusat memberi maklumat.. nak menunggupun selesa dan selamat sebab parking banyak.
  2. Jangan terbawa laju kat lepas tol Ayer Keroh.. Yelah aku faham tadi kauorang dah enjut puas-puas tiba lepas tol nak bawa 80 km/j aje memang lain macam kan? Tapi untuk pengetahuan kauorang.. kat area Mini Malaysia tu kadang-kadang ada speed trap dan di hadapan zoo Melaka ada traffic Light untuk pelintas..Silap gaya kalau tak kena speed trap.. tersapu orang ramai.. naya oooo...
  3. Kebanyakan tempat di Pusat bandar dan Bandar Hilir adalah jalan sehala, jadi ikut flow.. kalau tersesat tak pe.. ikut je papan tanda.. atau tanya orang ramai.. InsyaAllah kauorang akan sampai tempat yang dituju.
  4. Barang kat Melaka takkan lebih mahal daripada KL. So, pepandai la menawar sebab orang Melaka ni suka tawar menawar.. tapi jangan la tiket masuk zoo ko mintak tawar.. kena tunjal dengan monyet kang.. aku tak tahu.
  5. Penginapan?? Kauorang booking la dulu.. kalau macam nak berlagak datang walk in.. aku jangka kauorang akan betul-betul walk in sepanjang jalan sampai esok pagi.

Isnin, 14 Disember 2009

Post Untuk Lelaki Sahaja (18 Sx)

Nak aku maki... galit jugak aku tengok sampai habis.. last-last aku gelak sorg jelah.. tengok lima orang anak bangsa aku menari kegersangan.. aduhai.. ni kalau orang tua kedai kopi tengok mau tak terkebil biji matanya ni.. mau meleleh air liur Pak Yop ni... silap gaya.. ada satu rombongan ke Negeri Pantai Timur minggu depan. Ditaja oleh Tok Ketua dan peserta semua jantan. Aku gerenti.. Gegel kepala lutut sepanjang perjalanan ke sana..

Walaupun mereka bukan budak asal dari negeri Melaka tapi aku percaya kat mana-mana pun ada.. cuma yang buat aku terkedu minah-minah ni semua merakamkan album tu... alahai.. nak jadi artis sampai tahap ni ker??

Kauorang perlekehkan aku sebab terkedu tengok anak bangsa bergelek ek?? cuba acu kauorang tengok kat Sini. Tapi sebelum tu pastikan awek ker.. tunang ker.. apatah lagi isteri kauorang takde kat belakang tu...

Musim ker??

Sekarang ni musim cuaca tak menentu.. ramai plak yang bekerja amik MC.. Nak kata tipu memang kadang-kadang badan akupun ada gementar rasa nak demam.. tisu gulungpun dah nak dekat 2 gulung aku habiskan buat hembusan selsema aku... Kalau tanya orang tua kat Melaka, memang confirm dia cakap "ha'ah skang ni kan musim penyakit..."

Paling merisaukan ialah kanak-kanak.. tetiba ramai plak yang cirit-birit dan muntah.. Kalau setakat sehari tu.. oklah.. tapi kalau dah 3-4 hari mau lembik budak oiii.. Mak dan ayah.. jangan tunggu lagi eloklah dapatkan rawatan. Sekurang-kurangnya kita puas hati anak kita tiada jangkitan yang memudaratkan.

Masa ni jugaklah tok dukun tiruan memang buat duit.. bagi yang betul-betul membantu alhamdulillah.

Ni nak citer pasal tok dukun tiruan... ceitt.. mak budak bawak jer budak.. Hah!! dah kena dah.. dah kena.. ni mesti budak ni main kat area tanah 'keras' bawah pokok belakang rumah!! kata tok dukun setelah tengok dalam perasap kemenyan.

Belakang rumah?? belakang rumah pokok serai tok?? takkan budak ni main bawah pokok serai??

errrr.. maksud tok.. berhampiran la...

ceit.. tang tang tu tukau kedudukan... hampeh...

Tapi kauorang jangan risau.. nanti tok 'kaw tim' sama itu penunggu.
ok.. kauorang balik dulu..pengerasnya RM77.77 sahaja.

alamak.. mana nak cari duit 1 sen lagi tok???

errr.. ye ke duit 1 sen takde lagi?? Kalau macam tu kau genapkanlah RM77.80 pun tak pe.. lagi mujarab.

kalau tak baik.. tak serasi la tu... datang balik..

Itu adalah antara perkara yang ada berlaku dalam hidup segelintir orang. Kadang-kadang dah macam taksub pun ada juga... Ingatlah sesungguhnya penyakit itu datangnya daripada Allah s.w.t. dan hanya Dia sahaja yang mampu menyembuhkannya.. Namun sebagai hambaNya kita diwajibkan berusaha.. beriktiar dan berdoa.. Semoga kita tergolong di dalam orang-orang yang berjaya di dalam ujianNYA. Amin.

Pada musim sekarang ni.. aku nasihatkan kaurang jagalah kesihatan anak kauorang baik-baik.. kerana budak kalau sakit.. bukan dia jer tak dapat tidor.. silap gaya 1 rumah tokleh tidor... hatipun tak senang. Namun, letaklah kesabaran itu ditahap tertinggi.. InsyaAllah akan dapat ganjaranNYA.

Jauhkan dari makan minum kat luar buat masa ni.. dan kurangkan aktiviti di tempat sesak.


Ahad, 13 Disember 2009

English Version : During 15th Century @ Melaka

By the end of the 15th century. Melaka had become a great trading empire as well as a rendezvous for every seafaring nation - Arabs, Indians, South Americans, Chinese, Portuguese, Dutch and Enslish. Here, gold, silk, tea, opium, tobacco, spices, perfumes and countless other items and natural resources were traded or exchanged.

The Portuguese were the first rule in 1511, followed by the Dutch in 1641 and British in 1824. Each rule left its mark behind to be forged and blended into a new and unique mix.


English Version : Maning An Empire After a Tree

Melaka was founded in 1396 by an exiled Sumatran prince named Parameswara. It was once port of call for ships from the Middle East, China, India, Arab and South America. According to the legend, Parameswara was out hunting one day and while resting under a tree, one of his dogs cornered a mouse-deer and in defence, the mouse-deer kicked the dog smartly on its nose. Parameswara was so impressed by the mouse-deer's courage and also believing what he saw as a good omen, he decided to build his own empire on that scared land and named it after the tree he was sitting under, which was the MELAKA tree. He also first Malay prince become a muslim after that.

Book About History of Melaka

I try find out some of book about Melaka today for tourist who have intention to know more about Melaka.

So, i found some of book about history Melaka in English version.

just click on picture for more information..







Jumaat, 11 Disember 2009

Episod Berkhatan (12SX)

Sepertimana biasa topik berkhatan atau sunat biasa dilagukan ketika musim cuti sekolah... Semua orang happy citer pasal benda ni kecuali si mangsa atau lebih dikenali mereka yang bakal menjadi korban... Terutamanya ada iklan portong..potong.. potong p1 wimax tu.. lagi berderau jantung budak-budak ni.

SEBELUM

aku ingin citer sikit pasal zaman aku sunat. Ketika zaman aku era Tok Mudim kira baru jer abis dan diganti dengan era sunat di klinik kerajaan... aku masih ingat aku ketika tu giliran ke 7 iaitu no terakhir sebab doktor ketika tu macam mak ayah kita juga.. kalau nak sunatkan waktu pagi jer... darah kurang keluar. Jadinya subuh-subuh ghaib aku dah bangun dan mandi air perigi.. mak ai... punya la sejuk sampai aku fikir mesti bawah tanah umah aku ni ada ketulan ais... dah mandi pakai baju melayu.. bawa bersama sehelai kain pelikat.. ceittt.. apa barang pergi pekan pakai baju melayu ni???

SEMASA

Tiba di sana akupun bersama enam lagi budak menunggu nombor naik.. tapi dulu tak de kaunter no mcm sekarang.. dulu panggil nama.. kebetulan rakan sekampung aku no 6.. jadi ada jugak geng.. Kemudian muncul la seorang misi (nurse) suruh kami bertujuh tukar kain pelikat.. perghh... aku rasa macam darah aku tak mengalir je... Setelah selesai tukar kat kerusi menunggu tu jugak.. kami bertujuh tetap setia menunggu... ada budak sebelah aku dah mula membaca ayat-ayat muqqadam.. Sempat aku jeling budak no. 1.. pergh.. putih bersih sioott... suci jer muka budak tu... aku ingat masa tu budak tu pakai bedak.. rupanya itulah dipanggil pucat.

Jeng.. jeng jeng.. budak pertama dipanggil... aku plak rasa macam nak terkencing.. aku sound member aku yang no. 6.. diapun sama nak terkencing... pastu pergilah kitaorang keluar sambil diperhatikan menerusi ekor mata bapak kami berdua.. mungkin diaorang takut kami naik bas lari kat umah kot... Cari toilet tak jumpa2.. "ceittt.. klinik pun takde tandas... ahhh.. belakang ambulans ni pun boleh la Mizi" kata aku kepada kawan aku.. Maka dalam tempoh beberapa minit berlakulah 2 air terjun di bonet belakang ambulan.

Bila aku masuk kembali.. dah budak no. 3.. Mizi bersuara "aku nak pegi kencing lagi la...." ceitt budak ni.. banyak nau ke air kencing dia.. tapi disebabkan akupun tak sanggup tunggu dengar nama-nama terpanggil, maka aku join jugaklah si Mizi... sekali lagi peristiwa air terjun berlaku... Ketika itulah kali terakhir aku lihat bentuk semulajadi bahagian aku tu.. "aiii.. apalah rupa kau selepas ni..." bisik hati kecilku kepada si dia.

Tengah berkhayal berdua dengan kawan aku tu.. tiba-tiba... bapak Mizi keluar dan panggil untuk masuk ke dalam... aku tengok Mizi macam nak melompat dalam ambulan dan memandu ambulan tu je... tapi aku tahu itu mustahil.. maka kami berdua melangkah lemah longlai ke dalam klinik.... macam tak percaya semua ni akan berlaku dalam hidup aku... aku teringat macam mana bang Man.. bang Lan dan rakan2 mereka memberitahu aku bahawa kalau dia tak boleh gunting... dia gunakan 'chain saw' macam Acik Karim penebang pokok punya...
Walaupun mak aku tenangkan aku kata macam kena gigit semut api je... aku tetap tak boleh terima kenyataan itu terutama setelah aku cuba seekor semut api gigit tangan aku tempohari.. mak ai.. boleh tahan sakitnya..

Setelah sampai dikerusi Mizi diarahkan masuk dan aku sendirian di kerusi menunggu.. macam-macam terlintas kat kepala aku... kalau terpotong macam mana aku nak kencing lepas ni?? aduhaiii...
duduk salah.. berdiripun salah... aku pergi ke pintu bilik tempat mizi masuk.. dan lekapkan telinga.. "aiii.. senyap jer.. ntah-ntah mizi dah terkorban kot" alamak.. aku kena buat sesuatu ni...
Dalam tempoh seminit berfikir.. tiba-tiba pintu bilik tu terbuka.. Mizi keluar dengan sengihan macam kerang... "Hah! adik tak sabar nak masuk ye?? jom" Misi yang tadi aku tengok cun kini dah berubah macam Nenek Kebayan yang ingin memusnahkan hidup aku...

Di dalam bilik tu ada dua orang doktor lelaki (sekarang baru aku tahu itu hanyalah M.A atau Medical Assistant je) dan dibantu oleh seorang Misi Nenek kebayan tu.. Doktor pertama suruh aku baring dan bahagian bawah dibuka... disarungkan kain tebal macam permukaan gitar kapok yang ada lobang tengah....

Maka adegan yang tidak ku inginkan berlangsung.... dalam masa tak sampai 10 minit.. selesai... dan kini kepunyaanku berwajah baru..

Maka terjawablah sudah kadar kesakitan yang abg Lan dan rakan ceritakan hanyalah rekaan untuk mereka bakal bersunat... Tahun berikutnya giliran aku plak menakutkan adik aku bersama bunyi chain saw yang aku buat dengan suara...

SELEPAS

Sampai dirumah aku disambut macam pengantin nak naik pelamin.. dipimpin perlahan-lahan.. sambil terkengkang-kengkang aku berjalan.. tempat aku bersemayam jugak telah dipasang dengan kain yang digantung sebagai penutup si dia...

Selama dua minggu bermula la kehidupan aku yang zahir nampak macam raja kerana hanya tidor dan tengok tv.. tetapi secara batinnya tak ubah macam budak yang kehilangan semua gigi... ikan goreng-gereng tak boleh sebab berminyak.. ayam pantang.. ikan cencaru gatal... daging lembu luka lambat baik.. ikan kembung tak boleh.. kuah pun tak boleh sebab berair.. Kicap ada kacang..gatal, air masak sesudu selepas makan... aduhai.. abis apa makanan untuk aku??? Nasi putih dan ikan bilis direndam air panas.... perghh.. baru aku sedar aku tertipu minggu lepas.. patulah beria-ia suh aku makan ayam.. rupanya mulai hari ni aku dah tak boleh merasainya lagi... 5 meter dari aku Si Hitam sedang lazat meratah nasi berlauk ikan kembung... arrrggghh.. Si Hitam kucing bapa aku lebih beruntung daripada aku....

Setelah dua minggu yang aku rasakan bagai 2 bulan berlalu.. kini aku lebih segar.. dah sikat rambut belah tengah... tak mau pakai seluar pendek lagi.. aku dah dewasa dan yang paling penting aku dah boleh makan PEDAL AYAM.

SMK Bukit Rambai Terbakau

Mangkuk manalah yang bakau SMK Bukit Rambai, Melaka ni.. Ceittt.. aku bukan nak tuduh tapi Jab. Bombapun kata dalam siasatan... mungkin juga sebab litar pintas... tapi aku rasa sekolah berasrama ni kira antara yang baru juga.. lain la Sekolah High School ker.. Seri Kota ker.. SDARY ke.. Dang Anum ke.. Seri Mahkota ke... ataupun S.I.S...

Mengikut laporan sebanyak 5 bilik darjah tingkat tiga terbakar di mana bermula daripada bilik stor kat tingkat tiga. Kejadian ni berlaku pagi semalam... ketika budak-budak SPM tengah amik exam Tasawwur Islam Kertas 2. Itu yang membuatkan aku syak ada khianat tu... sebab sekolah dibuka ketika tu... aku rasa kauorang faham sebab kauorangpun muda jugak dulu... ada main bakar-bakar jugak.. tapi takdelah ranap sampai satu kelas.. paling tinggi pun bakar meja dan kerusi jer...

Kalau kauorang tanya teruk atau tak.. aku boleh katakan ranaplah 5 kelas tu.. bumbungpun tak de (Tingkat tiga.. tingkat teratas sekali).. mungkin bumbung hilang sebab kena sembur dengon Bomba kot... yelah diaorangkan ada prosudernya... dan yang pastinya Jab. Bomba akan sembur hampir keseluruhan aras tu supaya api tak merebak.

Tapi 4 Januri depan kan nak naik sekolah balik.. bermakna.. naya jugaklah budak2 lain nak belajau kalau kelas tu tak sempat siap...


Siri II Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya

Aku tengok ramai yang mencari perkara berkaitan Majlis Perbadanan Hang Tuah Jaya kat sini. Mungkin sebab PBT terbaru di Melaka dan yang paling utama ada lubang kerja kosong. Ye tak? Sebelum aku bagitau kisah kerja kosong tu.. meh aku citer sikit apa yang diumumkan oleh YAB. Ketua Menteri Melaka semalam...

  1. YDP MPHTJ : En. Kamaruddin bin Md. Shah - beliau ni memang berpengalaman dalam PBT.. sebelum ni beliau pegang PBT Jasin... sekang beliau pegang itu Perbadanan Hang Tuah Jaya (sebelum PBT Hang Tuah Jaya dipersetujui oleh kabinet).
  2. Setiausaha : Pn. Sapiah - Sebelum ni beliau merupakan Pengarah Lanskap MBMB.. Memang kerja kuat juga pn ni...
  3. Kerja Kosong???? aku dengar ada 250 kekosongan dan kebanyakannya peringkat gred 17 ke bawah kot... Yelah diaorang nilah pelaksananya. Setakat ni belum bukak lagi jawatannya... Tungguuuuu.. aku akan maklumkan dari semasa ke semasa...
  4. Perasmian akan dibuat pada 1 Januari 2010.

Kisah jawatan Kosong kat SINI

Kesudahan Konsert Shah Rukh Khan

Ingat lagi cerita aku tentang Konsert Shah Rukh Khan di Melaka di sini?. Semalam keluar perkembangan terbaru bahawa konsert tersebut dibatalkan atas dua faktor utama:

1) Jadual Shah Rukh Khan yang terlalu ketat hingga tak sempat untuk persiapan konsert.
2) Tiada lagi penaja untuk konsert ini.

Dah.. dah.. jangan nak berangan leh jumpa SRK dalam tempoh terdekat ni...

Jangan plak pertikaikan.. dah cancel tu.. maknanya cancel la... macam kauorang undang kompang untuk majlis kahwin.. janji bagai nak rak.. tetiba dia kata orang kg sebelah bayar triple.. so, dia nak kompang kat sana.. kauorang nak kata apa??? sebab tukang kompang ialah diaorang...


Selasa, 8 Disember 2009

Hotel SUKMA Ancasa

Melaka telah terbina satu lagi Hotel baru iaitu Hotel SUKMA Ancasa bertempat kat area Stadium Hang Jebat, Paya Rumput. Aku dengar hotel ni berharga RM11.2 juta dan akan mula beroperasi hari ini iaitu 8 Disember 2009. Hotel ni memilik 66 buah bilik. Kira oklah.. takdelah lagi pengunjung merungut tak dapat bilik hotel.

Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) 2009


Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) 2009 datang lagi.. kali ni dibuat 11 - 13 Disember 2009. Mak aiii banyaknya acara minggu ni... aku garenti sesak sendat lagi la Melaka....

Oklah meh aku citer pasal SDSI..
SDSI ni diperkenalkan pada 2006 di mana dilonggokkan semua produk / perkhidmatan dari seluruh Malaysia.. Ia anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI). Tujuannya secara ringkas boleh aku katakan sebagai medium untuk memperkenal dan memasarkan produk kepada orang ramai...

Kat sini nanti macam-macam packaging baru kau terlihat.... memang best ni...

Apa yang ada??

biasalah.. setiap tahun mesti ada pavilion yang direka khas oleh wakil setiap negeri di Malaysia. aku dengar kali ni pameran antarabangsa, di mana negara yang mengamalkan gerakan one village one product (OVOP) juga datang... Paling best ialah pelbagai menu akan terhidang di sini.. menu seluruh Malaysia woooo..Nasi dagang Terengganu.. Mee Rebus Johor.. Laksa Pulau Pinang.. Mee Kolok Sarawak.. Asam Pedas Melaka dan macam-macam lagi la...

selain tu ada jugak seminar keusahawanan. Jom sapa yang terasa ada bakat jadi usahawan tu.. aku dengar ada 4 ceramah iaitu
  • From Zero To Hero
  • Jejak Usahawan Glokal
  • Dare To Difference
  • Insentif & Kemudahan Biayaan
Aku rasa banyak lagi la.. InsyaAllah aku akan buat liputan nanti ye. InsyaAllah Pameran ni akan dirasmikan oleh YAB. Timbalan Perdana Menteri Malaysia.


Isnin, 7 Disember 2009

Karnival Industri Asas Tani 2009

Kauorang tahu .. pada 11 - 13 Disember 2009 nanti kat Mydin MITC Melaka akan diadakan Karnival Pertanian... macam-macam ada kat situ.... nanti sampai masanya aku bawakan berita dan gambar khas dari sana... Namun aku ingin ingatkan kat sana jangan plak kauorang tanya seperti gambau kat bawah tu... memang kena tunjal jer dengan pakcik-pakcik menjual kat situ.. Yang kat bawah ni hiasan jelah...

Tapi aku ada pengalaman dulu karnival ni.. memang kebanyakannya jual murah beb... kalau kena masanya silap-silap ada yang dapat bakul sayur plastik tu percuma.. pastu jual ikut suka.. awek cantik murah.. hadiahpun ada.. kalau jantan macam aku... siap timbang.. telek mata dacing betul punya tepat. ceittt.. Nasib baik itu semua imaginasi aku jer..



Konvensyen DMDI Ke 10

Sejak 4 hingga 6 hb. Disember 2009 berlangsung la Konvensyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) kali ke 10.

Kauorang tahu tak.. kat sini berhimpunlah provinsi dan negara yang berkaitan dengan Dunia Melayu dan Islam bersama-sama membincangkan halatuju mereka.
Kebanyakkan yang datang adalah daripada pelbagai Provinsi / daerah dari Indonesia. Di Melaka konvensyen ni merupakan acara tahunan...dan Ketua Menteri Melaka memang menjadi 'lead' dalam hal ini. Apa yang menarik pelbagai kebudayaan akan dibawa dari luar dan dipersembahkan di sini.


Resolusi 17 Perkara (sumber MHI)

  1. Penghargaan kepada Menteri Kewangan Kedua kerana merasmikan konvensyen DMDI ke -10
  2. Menerokai, menilai dan mengekploitasi peluang perniagaan
  3. Sediakan sebuah portal khas untuk perkhidmatan jaringan perniagaan sesama ahli DMDI
  4. Kenalpasti & Kurangkan birokrasi perniagaan
  5. Meningkatkan peranan wanita Islam
  6. Merangka aktiviti DMDI menerusi Kalender
  7. Penubuhan skuad bencana alam DMDI iaitu "Biro Belia DMDI"
  8. Tubuh tabung untuk melancarkan sebarang aktiviti
  9. Memenatapkan pengurusan wakaf melalui perkongsian maklumat
  10. Melaksanakan Wakaf tunai dan jariah sebagai sumber pembiayaan pembangunan ekonomi
  11. Kerjasama IPTS untuk bina Gobal Education
  12. Mengadakan aktiviti berkaitan adat dan budaya
  13. Merangka aktiviti pelancongan
  14. Tranformasi penjana kekayaan
  15. DMDI pada tahun 2010 diadakan di Perlis dan Wilayah Persekutuan bagi Malaysia Manakala Sumatera Utara dan Jakarta bagi Indonesia serta China
  16. Penghargaan kepada semua Provinsi dan negara anggota DMDI
  17. Penghargaan kepada YAB Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka

10 Tahun Tok Ali Mentadbir Melaka

Aku dengar citer 2hb. Disember 2009 genap 10 tahun Tok Ali mentadbir Negeri Melaka. Aku akan bercerita bukan sudut politik.. Maknanya bukan memihak pada sesiapa... Ini pandangan peribadi aku jer.. Yelah masing-masing ada pandangan kan?

Secara peribadi memang aku respek sama Tok Ali ni dari aspek kerja dia. memang tak ramai la yang boleh macam dia.. Kalau setakat jadi orang besar keje ikut time.. baik tak payah... tapi Tok Ali tak begitu.. aku dengar citer dia boleh kerja sampai pagi... mak ai.. ketua jabatanpun terkencit nak ikut dia... Stamina mak datuk giler power.. Aku ada dengar beberapa kisah tentang dia.. Meh aku citer...

Kisah Pertama

Pernah berlaku banjir kat satu tempat di Melaka.. Pukul 3 pagi dia tercacak kat situ sedangkan ketua jabatan berkaitan takde. Dia mengamuk dalam telefon sebab orang sekeliling tidor sedangkan dia bersengkang mata pegi tengok masalah.. terbarai kain ketua jabatan tu datang... dan dia bagi cadangan agar masalah itu disegerakan..

Maknanya : Dia bukan saja mengarah tapi turun padang... kalau dia marah orang gomenpun memang patut sebab dia ada ketika kauorang tak de... Giloss.. malu ooo.. mana nak letak muka!


Kisah Kedua

Lalat banyak di satu tempat hingga menyebabkan keracunan... Tok Ali pergi mengamuk kerana jabatan berkaitan tak tahu atasi.. Dia bagi cadangan amik air panas bubuh garam pastu simbah.. Amazing!! dengan Izin Allah s.w.t. kaedah itu berkesan..

Lepas tu memang termasuklah tengkuk pegawai berkenaan kena 'belasah'

Aku tak nafikan bahasa dia memang kadang-kadang ganas tapi bukan untuk rakyat.. sebaliknya untuk mereka yang bekerja dibawah dia agar kerja dapat dilaksanakan dengan terbaik..

Sapa sangka Melaka hari ni antara bandaraya terkenal di dunia?? Kalau tengok stail kerjanya memang Tok Ali ni anak didik Tun Dr. M. sebabnya ialah.. Tun Dr. M mementingkan pembangunan fizikal dan seboleh-boleh tertinggi.. terbaik dan tercantik serta pelbagai ter lagi...
Tok Alipun begitu juga.. hajatnya nak jadikan Melaka No.1. Aku gerenti setiap tahun lebih daripada 5 produk pelancongan terbina dan beratus-ratus aktiviti pelancongan dirancang.

Oklah akupun bukan kenal sangat Tok Ali jadinya itu jer boleh aku citer... Tok Ali lagi la langsung tak kenal aku... hehehehe.. Aku bukan puji Tok Ali tetapi cerita sket yang pernah aku dengar.. Macam aku cakap diapun tak kenal aku.. kalau aku pujipun bukan dapat apa.. tapi kenyataannya memang aku respect kat dia.

Aku tak citer pasal kelemahan Tok Ali sebab aku tak kenal dia sangat.. Kang aku salah cakap jadi fitnah.. sapa nak tanggung dosa aku??? Rasullullah juga lebih suka memuji daripada mengeji. Tak gitu?

Kepada mereka yang ingin menyanggah kata-kata aku.. ingatlah.. kita masing-masing ada tokoh yang dihormati... Ada orang minat Tuan Guru Nik Aziz, ada minat Tuan Guru Hadi, Anwar Ibrahim lagi ramai yang minat... begitu juga Lim Kit Siang... So, kesimpulannya.. masing-masing ada kelemahan dan kekuatan... maka nilai la sendiri pemimpin masing-masing.

Edisi Raya Korban

Maaf sebab aku seminggu bercuti ke Sabah... aku akan buatkan citer khas ke sabah nanti agar mudah bagi yang teringin melancong di sana..

Ok.. aku nak citer pasal raya korban.. walaupun dah lebih seminggu berlalu tapi aku rasa masih boleh citer kot..

Pengalaman menyembelih lembu ni boleh tahan la.. kalau kauorang biasa join, memang kauorang akan akui keseronokan melapah.. Yang tak seronoknya nak jatuh kan lembu tu.. adeh.. silap gaya bersagat kulit kauorang ditarik lembu tu... paling teruk kalau kauorang kena tapak dengan lembu.. mau ke hospital yang berdekatan.. Jadi kerjasama memang sangat diperlukan.. bagi yang cakap besau kat kedai kopi sebelum menyembelih tu.. kauorang tunjal je kepala dia.. cakap jer besau.. suh duduk atas perut lembu untuk tak kasi gerakpun gigil satu badan.. macam-macam alasan.. mabuk darah la.. sawan lembu la.. dah pakai perfume la... memang hawau!!


Sood : Tok.. ooo.. tok... mana plak orang tua ni?

Tok Siak : ye.. jap aku tengah asah parang ni..

Sood: Cepat la tok.. kata nak tolong sembelih lembu saya... Tok Imam takut la kat lembu saya.

Tok Siak : Alah tok imam kau tu memang penakut.. lembupun takut... Kau jangan lupa undi aku jadi Imam penggal akan datang setelah aku sembelih lembu kau ni..

Sood: Yelah tok.

Tok Siak : Aku ni setakat lembu tu aku pulas je telinga dia.. gerenti tertunduk malu punya. Dah jom kita pergi..

Sampai di rumah Sood

Tok Siak : Laaa.. yang kauorang ramai-ramai lepak kat depan umah si sood ni apa kehal.. pergilah ikat lembu tu..

Orang Ramai: Errrr.. susah la Tok Siak.

Tok Siak: Ceit.. dasar penakut.. lembu tupun penakut. Mana Lembu tu Sood?

Sood : Tuuuu.....

Setelah terlihat lembu tersebut tiba-tiba Tok Siak terlepas parangnya dan terduduk kejung.










Sabtu, 5 Disember 2009

Siapa ada RM40,000????

Tadi aku terbaca satu kisah di MHI.. seorang kanak-kanak lelaki bernama Adzim Aizan Azli.. aku memang tak kenal budak ni.. apatah lagi bapanya.. tapi oleh kerana dia tinggal di dalam Melaka terpanggil untuk aku buat satu thread untuk dia..

Apa sakit dia???

Dia ni mempunyai jantung sebelah kanan anggota badan dan mempunyai satu injap jer.. tak cukup dengan itu dia juga tiada saluran darah ke paru-paru... Ya Allah.. Tuhan Yang Maha Penentu Segalanya...

Adzim dah buat dua kali pembedahan dan memerlukan pembedahan ketiga pada usia 6 tahun. Kini dia dah 8 tahun tapi tak boleh buat pembedahan kerana tak de duit. Kos keseluruhan pembedahan RM40,000. Rawatan perubatan pun RM400 setiap bulan.

Kepada para jutawan, hartawan dan dermawan.. tolonglah budak Adzim ni... semoga Allah membalas jasa baik Tan Sri / Dato'/Datuk/ Tuan/ Puan dikemudian hari..

No tel. ayah adzim ni 017-633 0108 (Azli)
No. Akaun Maybank : 112157020656 (Nama ayah dia kot.. Azli)
Alamat Rumah : No. JB 2695 Jalan Pulai Indah 9,
Taman Pulai Indah
77300 Merlimau, Melaka

Aku tau kauorang was-was juga nak bantu.. buatnya akaun tu aku punyer..
ceittt.. kauorang ingat aku hina punya orang ker?? apa kata kauorang telefon ayah dia tu.. kalau takut ada penyamaran rasanya elok melawat sendiri adik tu...

berita ni aku petik dari Melaka Hari Ini 5 Disember 2009 (Sabtu) mukasurat 12. Aku harap walaupun aku tak berharta tapi aku cuba meyebarkan berita ini... walaupun aku tak kenal tapi aku yakin dia ni sebangsa, seagama dan yang penting senegeriku...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com